~LeeYa~

Saturday, January 1, 2011

..::2011::..

ye, sudah 2011 pun..pejam celik pejam celik,tak sedar sudah menghampiri 2* tahun hidupku di bumi ini..kalau nak cerita kisah sepanjang idupku, mungkin tak muatlah dengan satu post sahaja kan..maka, mari kita imbas sedikit sebanyak coretan sejarah sepanjang 2010....bagi sesetengah orang, mungkin ianya indah, cantik, dan menarik..namun, bagi sebahagian yang lain, mungkin agak kurang indah, kurang cantik dan kurang menarik...tapi, bohonglah kalau semuanya menarik atau semuanya kurang menarik..bukankah begitu kawan2? pastinya semua yg membaca ini bersetuju jika kiranya saya anggap kita semua ada menghadapi perkara menarik dan kurang menarik dalam satu tahun yang sama...antara pengalaman menarik dan cantik saya adalah....well, grad from degree, menjadi guru sains dan maths..menjadi pensyarah bahasa inggeris walaupun kedua jawatan ini adalah sekadar sementara...meghadiri istiadat konvo diri saya sendiri..dan, melanjutkan pelajaran...dan ofcoz la, pabila si dia di sisi saya...perkara kurang menarik dan kurang cantik pula, tak perlu la saya nyatakan, iye kan..sedih je nanti kalau di selak lembarannya... =)
bila bercakap pasal 2011 pulak..mesti semua orang akan merangka azam2 baru..takpun, renewkan azam2 lama..kan? huhu..bagi ku, jarang sungguh memikirkan tentang azam2 tahun baru ni...yang ku tahu, aku hanya mau buat yg terbaik, menjadi seseorang yang baik kepada org lain and not overdoing it...hmmmm...perlu buat tembok batasan lebih tinggi mungkin..kerana kadang2 diriku tidak menyedari bahawasanya diri ini sudah terlangkau garis batasannya..mungkin perlu ada batasan setinggi diriku, supaya aku akan terlanggar akannya pabila cuba melebihi batasan itu..hoho..adoii, mesti sakitkan...
apa pun yang berlaku..harus di ingat, pengalamanlah guru terbaik dalam hidup ini...saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengalaman kerana telah menjadi guru saya selama 2*tahun....

No comments:

Post a Comment